
Enam kawasan Sarawak mencatatkan indeks pencemar udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari tadi dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi, 287.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon, berkata lima lagi kawasan di negeri itu merekodkan bacaan sangat tidak sihat ialah Kuching (267), Sri Aman (251), Samarahan (242), Samalaju (202), dan Bintulu (201).
Beliau berkata, 25 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat melibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, dan Selangor, selain 26 kawasan mencatatkan status kualiti udara sederhana dan 11 kawasan pada tahap baik.
Azuri Azizah berkata, keadaan itu berlaku dalam persekitaran cuaca kering yang berterusan di sebahagian Rantau Selatan Asean.
Beliau berkata, berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) semalam, 139 titik…