Situasi Liga Super Malaysia kini dalam keadaan membimbangkan apabila terdapat enam pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji.
Masalah tunggakan gaji bukanlah perkara baharu di dalam Liga Malaysia. Namun situasi ini kini dianggap semakin membarah.
Ianya meletakkan Liga Super dalam situasi yang sukar untuk mengekalkan prestijnya.
Sumber Harian Metro turut menyebut bahawa daripada enam pasukan itu, tiga daripadanya boleh dianggap pasukan gergasi juga…