Hot FM

6 RUU dilulus dalam Dewan Rakyat minggu ini


Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung sehingga 27 Mac ini, menyaksikan pembentangan serta perbahasan RUU dan urusan kerajaan yang lain. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Enam rang undang-undang diluluskan pada peringkat jawatankuasa pada minggu keempat Mesyuarat Pertama Penggal ke-15 Dewan Rakyat.

Antaranya, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 yang membabitkan pengeluaran sejumlah wang tidak melebihi RM23,479,669,350 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan 2023.

Selain itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023; RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023; RUU Polis (Pindaan) 2024; RUU Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 dan RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.

Minggu keempat turut menyaksikan RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Perkongsian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version