Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

6 sokong Anwar boleh beraya dulu, Muhyiddin beri amaran tindakan selepas Aidilfitri

today5 April 2024

Background


Muhyiddin Yassin berkata langkah-langkah wajar berkaitan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar Ibrahim akan diambil selepas raya.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi amaran tindakan terhadap enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan diambil selepas Aidilfitri.

“Mereka boleh beraya dulu selepas itu kita akan ambil langkah-langkah sewajarnya mengikut pindaan perlembagaan itu,” katanya dalam video di Facebook.

Muhyiddin menepis dakwaan mengatakan pindaan itu tidak akan beri kesan pada wakil-wakil rakyat terbabit.

“Mungkin mereka tak faham atau sengaja nak cari alasan untuk menyatakan sesuatu nak sedapkan diri sendiri,” katanya.

Beliau menambah Bersatu mempunyai pasukan peguam yang meneliti penguatkuasaan pindaan itu nanti.

“Kita nak pastikan segala bentuk tindakan kita ambil akan mengikut aturan,” katanya.

Perhimpunan agung khas Bersatu pada 2 Mac lepas meluluskan pindaan pada perkara 10 perlembagaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post