Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Zahid Mahmood berkata, sekolah itu tidak menghadapi masalah beroperasi atas bantuan individu perseorangan.

PETALING JAYA: Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara terus beroperasi, walaupun enam tahun tidak menerima bantuan kewangan daripada pihak berwajib selepas tragedi kebakaran pada September 2017 yang mengorbankan 21 pelajar dan dua gurunya.
Keadaan bertambah teruk apabila akaunnya dibekukan sehingga kini kerana kes ibu bapa menyaman pusat tahfiz itu masih berterusan di mahkamah.
“Selain akaun dibekukan, kalau dulu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bantu kami, tetapi apabila kes 2018 (sekolah) disaman dan MAIWP disaman juga, jadi bantuan ditangguhkan sejak 2018 sehingga hari ini,” katanya menurut…
