
PETALING JAYA: Sindiket pengemis jalanan orang kurang upaya (OKU) tumpas susulan penahanan enam warga China di sekitar Johor Bahru.
Pengarah Imigresen Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata semua suspek ditahan dalam Ops Serkap oleh Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor pada 4.20 petang Khamis lalu susulan risikan selama dua bulan.
Menurutnya, ia juga hasil maklumat awam dan intipan ke atas kegiatan warga asing menjadikan sebuah pangsapuri di Johor Bahru sebagai tempat pertemuan bagi menyerahkan hasil mengemis.
Beliau berkata, pengemis OKU meraih simpati melalui kekurangan dan kecacatan mereka, selain ada yang berpura-pura sakit untuk mendapatkan hasil sumbangan orang ramai.
“Sindiket itu didalangi dua wanita warga China yang menerima hasil mengemis daripada tiga lelaki rakan senegaranya berstatus OKU, iaitu kudung sebelah kaki dan sebelah tangan,”…