
PETALING JAYA: Sebanyak 600 pokok durian jenis Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Teras, Raub, Pahang dimusnahkan oleh Pejabat Hutan Daerah (PHD) hari ini.
Dalam Operasi Teras itu, PHD mendapati aktiviti penerokaan secara haram melibatkan tanah seluas empat hektar dilakukan sejak dua tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pegawai Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, operasi bermula jam 9 pagi itu disertai 25 kakitangan dengan pengawasan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Raub.
Beliau berkata, pihaknya mengesan kawasan berkenaan selepas melakukan rondaan serta semakan menggunakan sistem e-geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 26 November lalu.
Katanya, hasil siasatan mendapati kegiatan…