Site icon Hot FM

60,843 unit Rumah Selangorku dilancar setakat Januari


Menurut Exco Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah, kerajaan negeri tahun ini menyasarkan 5,997 unit lagi Rumah Selangorku akan siap dibina manakala 17,229 unit akan mula dibina. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Sebanyak 60,843 unit Rumah Selangorku dilancarkan setakat 31 Jan lepas daripada 200,000 yang dijanjikan dalam manifesto PRN tahun lalu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.

Exco Perumahan dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah, berkata daripada jumlah yang dilancarkan, sebanyak 37,008 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli manakala baki 23,835 unit sedang dalam peringkat pembinaan.

Beliau berkata untuk 2024, kerajaan negeri menyasarkan 5,997 unit lagi akan siap dibina manakala 17,229 unit rumah akan memulakan pembinaan di lapangan.

“Untuk mencapai sasaran tersebut juga, pembinaan kediaman komersial seperti pangsapuri perkhidmatan mampu milik akan diambil kira,” katanya pada Persidangan DUN Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version