Hot FM

63 jemaah umrah terkandas di Madinah dibawa pulang minggu depan



Kumpulan itu tinggal di Madinah dan tidak dibawa ke Mekah untuk melengkapkan ibadah umrah. (Gambar AP)

KUANTAN: Menteri Luar sementara, Saifuddin Abdullah berkata, 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lepas berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan.

Beliau berkata, usaha membawa pulang jemaah terbabit yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak sedang giat dilakukan termasuk menerusi perbincangan bersama Kedutaan Arab Saudi di sini dan pihak berkuasa di negara itu.

“Mereka ke sana untuk mengerjakan umrah dan saya difahamkan timbul masalah. Bagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan kemudian kerana ia masih dalam rundingan… Cuma saya dapat mengesahkan yang kemungkinan besar kita boleh membawa mereka pulang,” katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini hari ini.

Pada awal bulan ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version