

Polis menahan 67 individu dalam Op Dadu khas membabitkan serbuan di 13 premis perjudian di Selangor dan Sabah, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata operasi selama dua hari bermula 1 April itu menyasarkan premis yang menjalankan aktiviti perjudian termasuk menggunakan tablet serta menyalahgunakan lesen pusat hiburan dan e-sukan.
Beliau berkata, di Selangor, seramai 52 individu terdiri daripada 41 lelaki dan 11 wanita berusia antara 20 hingga 75 tahun ditahan.
“Daripada jumlah itu, 26 individu adalah warga asing termasuk warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, di Sabah pula, seramai 15 warga tempatan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita berusia antara 20 hingga 68 tahun ditahan.
“Mereka…