
Tujuh banduan gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan semakan hukuman selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan kes mereka tidak memenuhi syarat sebagai kes yang ‘istimewa dan luar biasa’.
Hakim Mahkamah Persekutuan Collin Lawrence Sequerah, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata pemohon masih boleh memohon pengurangan hukuman menerusi proses pengampunan.
Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Azizah Nawawi, serta Hakim Rhodzariah Bujang dan Ruzima Ghazali.
Banduan terbabit berhujah penahanan berterusan mereka di bawah Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 melanggar hak mereka untuk hidup dan mendapat layanan sama rata di sisi undang-undang di…