
KUANTAN: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga tempatan bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh melibatkan seorang pekerja kilang warga Myanmar, di sebuah kilang di Bentong, awal pagi tadi.
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata semua suspek yang berusia lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di jalan Taman Chegar Medang, Bentong kira-kira 1.25 pagi ketika mereka cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.
Polis menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira 11 malam dan hasil siasatan awal di aras dua asrama pekerja kilang itu mendapati mangsa ditemukan mati dalam keadaan terbaring, dengan kesan cedera di badan dipercayai ditikam menggunakan objek tajam.
Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan dan enam lagi warga asing senegara lebih kurang 1.25 pagi. Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini…
