
Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan akibat jerebu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, keputusan itu susulan perbincangan terperinci dengan agensi kerajaan berkaitan mengambil kira aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak terbabit.
KBS berkata, ia sentiasa memantau dengan teliti perkembangan kualiti udara dan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan dalam negara.
Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung esok di Bukit Jalil ditangguhkan sehingga tarikh baharu diumumkan kelak.
“Tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat bagi aktiviti luar,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya,…