
PHNOM PENH: Selepas lebih sebulan melarikan diri daripada cengkaman pihak tidak berperikemanusiaan, tujuh anak muda Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap di Pusat Imigresen Kemboja, menunggu untuk dibebaskan.
Kesemua tujuh mangsa, lima daripadanya berasal dari Sarawak pada mulanya tiba untuk bekerja di kasino tetapi ditipu dan dipaksa terlibat dalam aktiviti jenayah siber.
Mereka kini ditahan di Pusat Imigresen Sihanoukville dan menanti untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Kumpulan itu termasuk lima wanita, terpaksa bekerja sebagai penipu atau “scammer” dalam sindiket penipuan atas talian di negara itu.
“Kami melarikan diri daripada majikan kami 41 hari yang lalu.
“Kami berjaya mendapatkan telefon bimbit untuk menghubungi polis tempatan dan kami diselamatkan oleh…