Hot FM

7 tahun ‘naik turun mahkamah’, Jamal kena bayar ganti rugi fitnah Teresa Kok


Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Jamal Yunos bagi mendapatkan kebenaran merayu penghakiman RM300,000 memihak Teresa Kok berkait saman fitnah, sejak tujuh tahun lalu.

PUTRAJAYA: ‘Perjuangan’ Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos berdepan Teresa Kok selama tujuh tahun berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran merayu penghakiman terhadap saman libel yang memihak Ahli Parlimen Seputeh itu.

Tiga panel hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Rahman Sebli, berkata dua persoalan undang-undang dikemukakan perayu bagi mendapatkan kebenaran berkenaan tidak mempunyai merit.

“Persoalan dikemuka gagal melepasi ambang mengikut Seksyen 89 Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” katanya.

Bagi mendapat kebenaran berkenaan, perayu mesti memuaskan hati mahkamah atasan bahawa cadangan rayuan mengandungi persoalan undang-undang novel atau persoalan Perlembagaan berkait kepentingan awam, yang dibangkitkan buat pertama kali.

Rahman, yang bersidang bersama Hakim Nordin Hassan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version