

Sebanyak 700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran sebuah stor penyimpanan kereta seluas 0.8 hektar di Jalan Dungun, Marabahai Tambalang 2, tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan kebakaran di premis milik sebuah syarikat itu dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan berhampiran yang merebak dengan pantas ke stor berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 1.10 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.
“Seramai 25 anggota dari Balai Bomba Tuaran, dibantu BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu serta enam anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba bertindak pantas menjalankan operasi pemadaman menggunakan beberapa aliran hos serta bekalan sumber air dari…