
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) mengesyaki kira-kira lebih 7,000 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Tasik Bera telah diteroka secara haram untuk tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah.
Ketua UPNP Saifullah Muhammad Ali berkata, perkara itu dikesan menerusi tindakan penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan di kawasan berkenaan bermula pada Isnin lepas melibatkan 160 pegawai dan anggota daripada UPNP, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang serta Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
“Selain itu, kita turut mendapatkan kawalan keselamatan daripada polis Bera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7,” katanya.
Saifullah berkata, pihaknya turut mengesyaki terdapat sindiket haram dari luar Pahang yang memanipulasi masyarakat Orang Asli untuk membuka kawasan tanah secara…