IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 71 pendatang tanpa izin (Pati) dan seorang lelaki tempatan dalam serbuan di 10 premis perniagaan sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar semalam hingga hari ini.
Timbalan Pengarahnya, Sharmanrizal Rustam, berkata serbuan yang dilakukan kira-kira 4 petang hingga 3 pagi oleh 12 anggota berjaya menahan pendatang asing warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Vietnam, Myanmar, Laos dan Thailand.
“Sebanyak 36 individu adalah lelaki termasuk seorang warga tempatan manakala 36 adalah perempuan yang ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan terhadap 133 individu di 10 premis yang menjalankan pelbagai perniagaan di sekitar Ipoh dan Enggor.
“Tangkapan dibuat bagi membanteras dan mengekang kemasukan pelancong asing…