
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 75 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
KKM turut melaporkan 23,100 kes Covid-19 dan termasuk 22,802 penularan tempatan dan 298 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, 20 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,749.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Johor (13), Sabah (11), Kedah dan Perak (masing-masing tujuh), Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang (masing-masing tiga), Terengganu (dua) serta Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 293,423 kes aktif dilaporkan, termasuk 361 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 193 yang…