Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Isu pemandu mabuk kian membimbangkan apabila Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh mendedahkan jumlah tersebut meningkat 8 kali ganda dalam tempoh empat bulan sahaja.
Menurut beliau, seramai 759 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara sehingga April lalu.
“Pada sepanjang tahun 2021, 1,155 individu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
“Bagi tempoh Januari hingga April, kita tingkatkan operasi kepada 110, berbanding sebanyak 150 operasi sepanjang tahun lalu.
“Semua individu yang ditahan dalam operasi itu akan disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.
Sarifudin berkata, 99.5 peratus pemandu yang ditahan adalah pemandu lelaki.
“Dalam usaha memastikan pemandu mematuhi…