Hot FM

79 calon rebut 28 DUN Melaka


Ramlan Harun
Pengerusi SPR Ramlan Harun, berkata 79 calon tersebut terdiri 65 lelaki dan 14 wanita, manakala calon tertua dan termuda diketengahkan PH. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seramai 79 calon bertanding pada PRN Melaka ke-16, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penyertaan calon kali ini berkurang berbanding PRN 2021, apabila 112 calon bertanding merebut 28 kerusi selepas Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Perikatan Nasional (PN) bertembung di semua DUN.

Dalam kenyataan, Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata, PH meletakkan calon paling ramai iaitu 24, diikuti BN (23), Bersama (16), Bersatu (tujuh), PN (lima), dan Putra (satu).

Tiga calon bebas turut bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Sejumlah 79 calon tersebut terdiri 65 lelaki dan 14 wanita.

PRN Melaka menyaksikan 11 persaingan satu lawan satu, 11 persaingan tiga penjuru, dan enam persaingan empat penjuru.

Persaingan empat penjuru berlaku di Gadek, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, dan Bemban.

SPR…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version