Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

8 ahli kongsi gelap termasuk 7 juvana didakwa pukul remaja

today24 June 2024

Background


Lim Jian Yau, 20, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru tiga pertuduhan mencederakan tiga remaja dengan memukul mereka menggunakan tangan dan kaki. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan tiga remaja berusia 15 tahun dipercayai kerana enggan masuk kumpulan itu.

Lim Jian Yau, 20, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan tiga remaja berkenaan dengan memukul mereka menggunakan tangan dan kaki, di kawasan semak belakang taman permainan Taman Mutiara Rini, Skudai, pada 8 malam, 15 Jun lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,400 terhadap Lim bagi setiap pertuduhan atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam Jason Tan Ka Yan dan Mohamed Imran Mohamed Sam.

Mengikut fakta kes, tiga mangsa berusia 15 tahun itu berada di sebuah pusat beli-belah di Skudai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post