
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Dalam kenyataan, SKMM memaklumkan kandungan itu disifatkan boleh membangkitkan kebencian dan persendaan terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Katanya, siasatan dijalankan susulan laporan diterima dan pasukan penyiasat melakukan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Operasi pemeriksaan dilakukan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Pahang. Lapan unit telefon pintar dan lapan unit kad sim yang berkaitan dengan kes disita bagi membantu siasatan.
“Analisis…