
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lapan individu dipercayai bersekongkol menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.
Sumber berkata mereka yang ditahan di Kuala Lumpur membabitkan tiga broker dan dua orang awam, manakala di Sabah pula melibatkan dua pegawai bank serta seorang pengarah syarikat, kesemuanya berusia lingkungan 20 hingga 50-an.
Lima suspek dibenarkan direman tujuh hari sehingga 17 Jun oleh Majistret Lili Marisqa Khalizan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Di Sabah, perintah reman selama enam hari sehingga 16 Jun terhadap tiga suspek iaitu dua wanita dan seorang lelaki yang dikeluarkan Majistret Wan Farrah Afriza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Menurut sumber, tiga broker bersama-sama pengarah syarikat dan dua orang awam yang bertindak sebagai orang tengah…