
Polis merakam keterangan lapan individu, termasuk ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang maut terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Taman Cahaya, Ampang, malam tadi.
Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata mayat kanak-kanak itu telah dituntut keluarga selepas bedah siasat di Hospital Ampang selesai pagi tadi.
“Siasatan kes masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang wanita pada 7.45 malam Ahad lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Ampang.
Khairul Anuar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian di rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 yang…