Hot FM

8 polis ditahan disyaki terbabit aktiviti air ketum


handcuff
Lapan anggota polis ditahan dalam serbuan di Jalan AU1, Taman Keramat pada 8.45 malam Selasa lalu.
KUALA LUMPUR:

Lapan anggota polis antara sembilan individu ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti air ketum dalam serbuan di Taman Keramat, di sini, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Aida Abdul Hamid, mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, pihaknya memantau rapat kes itu dan siasatan telus sedang dilaksanakan IPD Ampang Jaya.

“Ya, JIPS Bukit Aman mengesahkan penahanan lapan anggota polis berserta seorang individu awam dalam operasi di Taman Keramat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut sumber, serbuan di Jalan AU1, Taman Keramat pada 8.45 malam itu dilakukan Cawangan Risikan dan Operasi JIPS Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ampang Jaya.

“Lapan anggota polis itu membabitkan tujuh yang bertugas di pelbagai cawangan sekitar IPD Sentul, manakala seorang lagi di IPD Brickfields,” kata sumber.

Sumber itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version