Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

8 rakyat Malaysia peserta GSF 2.0 ditahan Israel

today18 May 2026

Background


Ketua Pengarah SNCC Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ketika kejadian intimidasi berlaku, flotila berada kira-kira 241 batu nautika dari Pantai Gaza. (Gambar Bernama)
SEPANG:

Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan lapan rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah ditahan tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 6 petang ini (waktu Malaysia).

Aktivis Zainal Rashid Ahmad ditahan pada 5 petang ketika sedang belayar menaiki kapal Amanda, manakala Muhamad Muhsin Zaidi yang menaiki kapal Isobella pula dipintas pada 5.20 petang.

Tiga rakyat Malaysia S Patmanathan, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Dr Syakirin Muhamed Senin yang menaiki Ferluto ditahan pada 4.50 petang.

Dua lagi yang ditahan ialah Mohammad Syazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari. Kapal mereka, Cactus dipintas pada 4 petang.

Aktivis Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzzaman yang belayar dengan kapal Josef/Yusuf ditahan pada 5.35 petang.

Sani Araby Abdul Alim Araby
Sani Araby Abdul…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post