Malaysia dan Indonesia memeterai memorandum yang peruntuk jaminan bayaran upah, perlindungan, dan kebajikan kepada pekerja domestik Indonesia.

KUALA LUMPUR: Seramai 800 pekerja domestik Indonesia memasuki Malaysia melalui sistem “One Channel” sehingga 20 Jan lepas, kata Kementerian Sumber Manusia.
Malaysia dan Indonesia memeterai Memorandum Persefahaman Penggajian dan Perlindungan Pekerja Domestik Indonesia di Malaysia pada 1 April 2022, yang memperuntukkan jaminan bayaran upah.
“Gaji permulaan bulanan di bawah memorandum persefahaman ini, tidak boleh kurang daripada kadar gaji minimum yang sedang berkuat kuasa di negara ini iaitu RM1,500,” menurut KSM dalam jawaban bertulis kepada Dewan Rakyat.
Kementerian menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) mengenai bilangan pekerja domestik Indonesia yang datang bekerja di Malaysia melalui sistem “One Channel”.
Memorandum itu juga memperuntukkan perlindungan dan kebajikan kepada pekerja domestik Indonesia, antaranya hak…