Site icon Hot FM

8,000 kes hilang MyKad setiap tahun, kata JPN


Sebanyak 4% daripada 200,000 MyKad dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara setiap tahun terdiri daripada kes kehilangan kad pengenalan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebanyak 8,000 kes kehilangan kad pengenalan dicatatkan di seluruh negara setiap tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Zamri Misman.

Katanya, ia merangkumi 4% daripada 200,000 MyKad yang dikeluarkan JPN setiap tahun.

“Antara alasan diberikan adalah salah letak MyKad. Kadang-kadang ada yang pergi bercuti tertinggal MyKad dan sebagainya,” katanya menurut Sinar Harian selepas Program Menyemai Kasih Rakyat di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, Terengganu.

Beliau berkata, denda sehingga RM1,000 boleh dikenakan kepada mereka yang kehilangan MyKad buat kali ketiga.

“Jaga MyKad sebaik mungkin dan sekiranya hilang, segera laporkan kepada polis. Dikhuatiri dokumen pengenalan diri yang hilang akan disalah guna individu tidak bertanggungjawab.”

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version