“Pada masa ini, Malaysia mempunyai 114 tapak pelupusan tidak sanitari dan 22 tapak pelupusan sanitari. Pembukaan dan naik taraf tapak pelupusan memerlukan kos yang sangat tinggi,” katanya.
Sementara itu, Hari Cuci Malaysia yang akan dilaksanakan di seluruh negara pada 28 September ini bakal tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai program gotong-royong paling besar dalam sejarah.
“Lebih 50,000 orang dari seluruh negara dijangka hadir, termasuk penyertaan 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan saya harap seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama dalam program itu,” katanya.
Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh beliau bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Pasar Seni, Kuala Lumpur bersempena World Cleanup Day 2024.