Hot FM

82% populasi remaja sudah divaksin



Sebanyak 105,103 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak.

PETALING JAYA: Seramai 2,584,612 individu atau 82.1% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 2,751,092 individu atau 87.4% bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.6% atau 22,379,626 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.8% atau 22,906,258 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 105,103 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version