
PETALING JAYA: Hampir 85% pengguna tidak terkesan dengan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi bil elektrik mulai 1 Mac ini, kata Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, kenaikan kadar SST daripada 6% kepada 8% itu hanya tertakluk kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kilowatt sejam (kWj).
“Cukai berkenaan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.
“Kerajaan menjangkakan perubahan ini tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan, sekaligus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi kerana kenaikan kadar cukai sebanyak 2% ini hanya melibatkan beberapa perkhidmatan bercukai,” katanya dalam kenyataan.
Amir berkata, kenaikan kadar SST hanya memfokuskan aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan bagi memastikan rakyat tidak dibebani kadar cukai kepenggunaan lebih tinggi, khususnya dalam…