Hot FM

9 ahli kongsi gelap direman berkait kes lelaki ditembak


M KUMAR
Menurut Ketua Polis Johor M Kumar, semua suspek antara 36 hingga 66 tahun itu ditahan dalam beberapa operasi berasingan di Johor Bahru pada 8 dan 17 Mac lepas. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sembilan suspek dipercayai ahli kongsi gelap ditahan reman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki dalam kejadian tembakan di sebuah kedai makan di Taman Setia Indah di sini pada 8 Jan lepas.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata kesemua lelaki berumur antara 36 hingga 66 tahun itu ditahan dalam beberapa operasi berasingan di sekitar bandar raya ini pada 8 dan 17 Mac lepas.

Beliau berkata sebelum tangkapan sembilan lelaki terbabit, seorang lagi suspek berumur 64 tahun dipercayai terlibat dalam insiden pembunuhan itu telah ditembak mati oleh polis ketika operasi pertama dijalankan.

“Pada 3.10 pagi, 8 Mac lepas, polis berjaya mengesan lelaki berusia 64 tahun itu di Taman Molek di sini. Ketika cuba menahannya, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version