Hot FM

9 anak syarikat KWSP rugi 3 tahun berturut


kwsp-epf
KWSP menjadi pemegang saham tunggal lapan syarikat subsidiari dengan satu daripadanya baharu ditubuh pada 2021 dan masih belum jana pendapatan mencukupi.

PETALING JAYA: Sembilan syarikat subsidiari milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian tiga tahun berturut sejak 2021, dengan jumlah kerugian pada 2023 mencecah RM224.21 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 (LKAN) menyatakan semua syarikat subsidiari tersebut mengalami kerugian RM76.51 juta pada 2022 dan RM49.76 juta pada 2021.

Syarikat yang mengalami kerugian tersebut termasuk KWASA Europe S.à r.l, yang mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM158.42 juta pada 2023, diikuti Ameen Direct Equity I, L.P (RM25.61 juta), KWASA Europe-I S.à r.l (RM14.40 juta), Naungan Sentosa Sdn Bhd (RM11.88 juta), Kwasa Utama Sdn Bhd (RM8.61 juta), YTR Harta Sdn Bhd (RM2.70 juta), Kwasa Singapore Duo Pte Ltd (RM1.36 juta), PPNK – Harta Sdn Bhd (RM840,000), dan Common Icon Sdn Bhd (RM390,000).

Menurut laporan audit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version