Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

9 didakwa culik wanita Indonesia

today29 September 2023

Background


Sembilan individu termasuk dua warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown kerana menculik seorang wanita Indonesia.

GEORGETOWN: Sembilan individu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menculik seorang wanita warga Indonesia pada 7 Sept lalu.

Dua tertuduh warga Indonesia, Agong Laksono dan Yusuff Bahtiar manakala tujuh yang lain warga tempatan iaitu Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C Youganathan, Elaine Gooi Swee May, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin dan Noorazlin Mat Kasa.

Semua tertuduh berusia lingkungan 29 dan 41 tahun mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menculik mangsa yang berusia 36 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000 di sebuah unit Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong, kira-kira 7 pagi, 7 Sept lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post