Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

9 ditahan dalam siasatan kes bunuh remaja

today7 November 2026

Background


ABANG ZAINAL ABIDIN
Ketua Polis Sibu, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mengumumkan penahanan sembilan individu dalam siasatan kes pembunuhan seorang remaja. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Sembilan individu ditahan dalam siasatan kes pembunuhan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, yang dipercayai ditikam dalam pergaduhan di Sibu, Sarawak.

Ketua Polis Sibu, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek yang berusia antara 16 hingga 42 tahun ditahan hasil risikan dan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah, lapor Berita Harian.

Seorang remaja dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam pada bahagian dada dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam.

Mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Polis menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan yang menyaksikan pengadu dipukul sekumpulan individu, pada kira-kira 2 pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post