
PETALING JAYA: Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Ampang di Ampang Jaya, yang didakwa diserbu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah beroperasi hampir sembilan tahun, kata bekas Ahli Parlimennya, Zuraida Kamaruddin.
“Itu adalah Pusat Khidmat Parlimen Ampang yang beroperasi selama hampir sembilan tahun,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu ciapan tular yang mendakwa MPAJ mengenakan tindakan terhadap seorang wanita yang didakwa bekas menteri kerana membina pejabat atas tanah MPAJ tanpa kebenaran.
“Ada seorang wanita buat pejabat atas tanah MPAJ tanpa kebenaran. Hari ini telah dikenakan tindakan! Khabarnya bekas menteri,” ciapan yang menggunakan nama @lady_bugg11.
Sementara itu, MPAJ ketika dihubungi mengesahkan Pusat Khidmat Parlimen itu tidak…