Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

90% populasi remaja sudah terima 1 dos vaksin

today10 December 2021

Background



Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,615,414.

PETALING JAYA: Seramai 2,838,110 atau 90.1% daripada populasi remaja di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,732,740 individu atau 86.8% golongan itu lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,752,434 individu atau 97.2% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,071,502 atau 98.6% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 140,831 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,708 dos pertama, 7,332 dos lengkap serta 128,791 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,615,414.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post