
PETALING JAYA: Seorang lelaki menjadi individu pertama disebat di khalayak atas kesalahan khalwat apabila menjalani hukuman itu di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu selepas solat Jumaat tadi.
Pegawai sebat dari Penjara Marang hanya mengambil masa dua minit untuk menyelesaikan hukuman enam sebatan terhadap Mohd Affendi Awang, lapor Astro Awani.
Seramai 90 individu termasuk exco kerajaan negeri turut menyaksikan pelaksanaan sebatan diadakan di Dewan ‘AAsim masjid berkenaan.
Terdahulu, Affendi, 42, yang juga tukang rumah tiba di masjid berkenaan kira-kira 2.28 petang dengan diiringi pegawai penjara sebelum dibawa ke bilik khas untuk pemeriksaan kesihatan.
Selepas pegawai perubatan mengisytiharkan Affendi layak menjalani hukuman, ia kemudian dijalankan tepat jam 2.50 petang.
Selesai…