Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

905 ditahan berkait judi Tahun Baharu Cina, rampasan RM500,000

today31 January 2023

Background



Op Limau dijalankan selama 15 hari di seluruh negara bagi mengekang kegiatan perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina. (Gambar PDRM)

KUALA LUMPUR: Polis menahan 905 individu di seluruh negara menerusi Op Limau kerana disyaki terlibat dalam perjudian dengan jumlah rampasan dianggar bernilai RM513,793.

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata semua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Beliau berkata, daripada 905 individu ditahan, 650 melibatkan judi dalam bangunan manakala 254 membabitkan kegiatan judi di luar bangunan.

“Op Limau ini dijalankan selama 15 hari di seluruh negara bagi mengekang kegiatan perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dibuat bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Noorsiah berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA