

Sokongan guru menjadi antara kekuatan sistem pendidikan Malaysia apabila 91% murid berkata cikgu membantu pembelajaran mereka, berbanding hanya 76% secara purata di negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata dapatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2025 itu menunjukkan murid Malaysia merasakan guru sentiasa memberi bimbingan dan sokongan sepanjang proses pembelajaran.
Katanya, peranan guru kekal penting terutama ketika murid berdepan kesukaran menguasai sesuatu perkara.
“Keputusan ini menunjukkan murid Malaysia merasakan sokongan yang kuat daripada guru mereka. Kita beri tepukan kepada guru-guru kita.
“Dapatan ini sangat penting kerana menunjukkan guru-guru Malaysia telah mendidik dan membimbing anak-anak kita dengan jiwa, ihsan, kasih sayang dan nyala rasa…