Hot FM

98 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir


banjir kelantan tumpat
Setakat 5 petang ini, sebanyak 69,264 mangsa dilaporkan terjejas akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah, membabitkan 20,970 keluarga, menurut Info Banjir JKM. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Setakat 9 pagi hari ini, sebanyak 98 fasiliti kesihatan di tiga negeri didapati terjejas akibat banjir, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, fasiliti-fasiliti kesihatan yang terjejas itu terletak di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Sebanyak 64 fasiliti kesihatan di Kelantan terjejas akibat banjir dan daripada jumlah itu, 30 masih boleh beroperasi manakala 34 lagi terpaksa berpindah.

“Sementara itu di Terengganu, sebanyak 30 fasiliti kesihatan terjejas, iaitu 17 masih beroperasi dan 13 dipindahkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM), apabila ditanya sama ada terdapat fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, di Kedah pula, empat fasiliti didapati terjejas.

Menurut data terkini dilaporkan Info Banjir Jabatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version