Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Polis Jerman mengesahkan bahawa dua petugas barisan hadapan cedera selepas diserang oleh seorang lelaki yang terpengaruh dengan sentimen anti-vaksin. Dalam kejadian yang berlaku di pusat membeli belah yang terletak Gera, Thuringia, lelaki tersebut menyerang seorang jururawat dan pembantu selepas permintaannya untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menyuntik vaksin COVID-19 ditolak.
Memetik laporan berita Vice, Kedua-dua mangsa yang cedera telah dirawat di hospital tetapi sudah dibenarkan untuk keluar, sementara serangan itu menyebabkan program vaksinasi terpaksa dihentikan satu hari. Suspek – yang tidak disebutkan namanya sesuai dengan undang-undang privasi Jerman – segera dikesan oleh pihak berkuasa dan telah berjaya ditahan.
Keganasan itu dikecam oleh ahli politik dan persatuan perubatan Jerman, Kassenärztlichen Vereinigung (Persatuan Doktor Insurans Kesihatan Berkanun). Menteri Kesihatan…