Seorang anggota polis berpangkat Koperal dilaporkan cedera parah selepas cuba mengejar seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Dinamik dalam keadaan mencurigakan di Penaga, Kepala Batas, Penang.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas beberapa anggota polis yang melakukan tugasan rondaan meminta lelaki tersebut berhenti ditepi jalan selepas mendapati motosikal tersebut menggunakan nombor plat ‘fancy’ yang tidak dapat dilihat dengan jelas.
“Polis telah memperkenalkan diri, tetapi dia terus memecut motosikal sehingga memaksa anggota mengejarnya.
“Ketika di satu simpang, suspek telah berlanggar motosikal anggota polis yang berada di sebelah kanan sebelum anggota itu terseret sejauh 20 meter dan terjatuh ke dalam longkang,” terang Noorzainy Mohd. Noor kepada media hari ini.
Tambah beliau lagi, suspek…