Kajian terbaharu dari saintis AS mendapati bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin COVID-19 akan terdedah kepada risiko kematian dan dimasukkan ke unit kecemasan hospital. Kajian ini melibatkan 600,000 kes COVID-19 di 13 negeri sekitar AS dari April hingga pertengahan Julai.
Ketika varian delta semakin menyebar jauh ke seluruh dunia, para saintis mendapati bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin lebih terdedah kepada wabak COVID-19 berbanding mereka yang diberi vaksin. Manakala risiko…