Menerusi video tersebut, wanita yang menggunakan nama Rias Jelita itu berkongsi situasi semasa dia ingin berjumpa dengan anaknya.
Difahamkan, hampir tiga tahun dia tidak menemui anaknya itu. Namun, sebaik saja dia mendekati anaknya itu kelihatan seorang lelaki yang difahamkan bekas suaminya cuba menghalangnya daripada bertemu anaknya sendiri.
Bekas suaminya itu dilihat dengan pantas menarik anak mereka untuk beredar jauh sebelum berlaku sedikit kekecohan. Mujur saja tiada apa yang serius berlaku selepas ia ditenangkan oleh anggota polis.
Bagaimanapun, wanita itu akhirnya dilihat sempat memeluk anaknya selepas beberapa kali meminta untuk memeluknya sebelum ia dipulangkan semula kepada lelaki berkenaan kerana dipercayai mendapat hak penjagaan.