
PETALING JAYA: Satu kes positif Covid-19 dikesan di pintu masuk negara ini pada hari pertama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kes positif itu dikesan pagi tadi, menerusi saringan yang dibuat di pintu masuk.
“Kita buat semua keputusan bersandarkan sains, justeru kementerian (Kementerian Kesihatan) tegas untuk tetap melaksanakan saringan apabila mereka tiba di pintu masuk negara.
“Walaupun mereka yang masuk menerusi VTL dikehendaki membuat saringan 72 jam sebelum hari perjalanan, tetapi ia masih membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Khairy berkata langkah itu bagi memastikan penularan jangkitan, termasuk daripada risiko varian…