
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya bercakap mengenai isu-isu yang menjejaskan negara berbanding memberi ceramah kepada rakyat mengenai penggunaan bahasa Melayu di tempat kerja, kata seorang Bekas Menteri.
“Bahasa kebangsaan kita adalah penting, tetapi ini adalah isu lama dan kini adalah zaman moden di mana penggunaan bahasa Inggeris adalah lazim sebagai bahasa antarabangsa,” kata Zaid Ibrahim.
“Beliau tidak sepatutnya berceramah atau menegur sesiapa. Beliau sepatutnya menggunakan setiap peluang yang ada untuk bercakap mengenai isu-isu besar seperti buruh, kos sara hidup, ekonomi dan krisis kesihatan,” katanya kepada FMT.
Zaid, bekas menteri undang-undang, mengulas mengenai laporan bahawa Ismail telah menegur agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta kerana mengutamakan penggunaan…