
ALOR GAJAH: Polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun kerana disyaki menyamar sebagai pegawai tentera dan memiliki kelengkapan pakaian pasukan itu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan sepasukan pegawai tentera dari Kem Terendak kira-kira 9.15 malam.
“Hasil pemeriksaan menemukan barangan ketenteraan antaranya tiga pasang pakaian berserta pangkat kapten dan aksesori, kasut, tali pinggang Kor Artileri, beret merun, stoking hijau dan apulet loreng berpangkat Leftenan Kolonel.
“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku memperoleh pakaian tentera itu dengan membelinya secara dalam…