Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 lelaki disahkan maut dalam tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

today2 December 2021

Background



Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat membawa keluar mangsa daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley, Ipoh hari ini.

PETALING JAYA: Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley, Ipoh hari ini.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, manakala seorang lagi adalah pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang belum dikenal pasti indentitinya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat membawa keluar mangsa daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan itu dan akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Mior Faridalathrash berkata pemandu lori sayur itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Terlalu yakin punca JDT derita

Kuantan: Corak permainan terlalu yakin dipamerkan barisan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi faktor skuad berkenaan tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City (KL City) pada pentas akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

today2 December 2021